Thursday, 10 October 2013

KEMPEN MEMBACA SKKS




PENGENALAN
Setiap tahun, pihak sekolah akan mengadakan bulan Pusat Sumber Sekolah. Pada tahun ini, bulan Pusat Sumber Sekolah akan berkolaborasi dengan Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Inggeris bagi menjalankan aktiviti yang dirancang yang akan diadakan sepanjang bulan Oktober. Ini adalah bertujuan untuk memperbanyakkan aktiviti di sekolah yang mempunyai kaitan dengan Pusat Sumber Sekolah. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Puat Sumber Sekolah akan melibatkan  panitia-panitia mata pelajaran yang lain juga yang  terdapat di SKKS ini.

RASIONAL

  • Bulan Pusat Sumber Sekolah ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada murid-murid kemudahan-kemudahan yang terdapat di PSS.
  • Program ini juga bertujuan untuk menarik minat murid-murid mengunjungi Pusat  Sumber  Sekolah.
  •  Bulan Pusat Sumber juga merupakan satu usahasama di antara AJK Pusat Sumber dengan Panitia-panitia matapelajaran yang terdapat di SKKS ini.
  • Selain itu, Bulan Pusat Sumber juga bertujuan untuk menganjurkan pertandingan-pertandingan yang menyeronokkan di samping pelbagai ilmu dapat ditimba oleh murid-murid dan guru-guru. 

OBJEKTIF
  •     Menarik minat murid untuk mengunjungi PSS bagi mencari bahan yang diperlukan
  • Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat memberi ilmu kepada murid-murid di samping murid-murid dapat mempamerkan bakat yang terpendam
  • Pusat sumber sekolah dapat bekerjasama dengan panitia-panitia matapelajaran untuk  menganjurkan Bulan Pusat sumber ini.
Aktiviti
Majlis pelancaran 10 hb Oktober 2013


Pertandingan mewarna
Murid tahap 1 , Pra Sekolah , PPKI
Guru PSV Tahap 1
Guru Penyelaras Pra Sekolah


Cadangan tarikh : 9/10/2013
Pertandingan Melukis Kreatif

Terbuka kepada semua murid tahap 2
Guru PSV tahap 2

Cadangan tarikh : 9/10/2013

Penghasilan Persembahan Power Point
Terbuka kepada semua murid tahun 6

Unit  ICT & Pusat Akses

Cadangan tarikh : 28/10/2013
Pertandingan Membaca
Tahap 1 – pelajar LINUS

Tahap 2 – pelajar PROTIM

Cadangan tarikh : 14/10/2013
Pertandingan Bercerita
Tahap 2 sahaja

Cadangan tarikh : 15/10/2013

Pertandingan menulis karangan
Tahap 2 sahaja

Cadangan tarikh : 16/10/2013

Spelling Bee (tahap 1 & 2)

Cadangan tarikh : 17/10/2013

Program Nilam

Penyampaian Hadiah pembaca terbanyak tahun semasa

Unit Galakan Membaca NILAM


Aktiviti Pasca UPSR
Kursus pembinaan Microsoft Power Point
Unit ICT

Kem Membaca 1 Malaysia

Cadangan tarikh : 6-8 November 2013
Pertandingan menyanyi lagu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu










0 comments:

Post a Comment